Sangat Lucu Permohonan Ahli Baharu PAN Seluruh Negara April 2017 hanya 230 orang sahaja!


Akhbar parti PAN, MalaysiaDateline melaporkan penerimaan keahlian baharu parti PAN amat memberangsangkan kononnya 49 peratus ahli baharu parti itu yang diluluskan pada bulan April lalu adalah dari negeri Kelantan.


Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera semua peringkat yang bekerja keras mengembangkan parti.

Hairan mereka tak nyatakan nilai keahlian baru, memang sudah menjadi kebiasaan mereka menyembunyikan angka kerana kalau angka didedahkan akan membuatkan PAN akan malu besar.

Lebai pernah dedah angka keahlian PAN di Kelantan.

Pada Mac 2016 keahlian PAN Kelantan adalah 706 orang. Semasa ini Husam Musa belum lagi dipecat daripada PAS.

Jun 2016 Selepas Husam di pecat, keahlian PAN ialah 823 orang. Ada peningkatan sedikit.


September 2016 keahlian PAN Kelantan meningkat kepada 1294 orang. Faktor peningkatan adalah kerana Husam Musa dipecat May 2016. Sumber lebai ada persamaan dengan sumber Raja Petra. Anda boleh baca di sini dan di sini

Lebai ada menulis bahawa Husam Musa dan Wan Rahim membuat tindakan sangat agresif untuk menjatuhkan PAS Kelantan sebagai membalas dendam dan juga memberikan amaran supaya PAS bekerjasama dengan PAKATAN HARAPAN. Wujud juga kerjasama PAN dengan UMNO dalam usaha ini yang Insya-Allah lebai akan dedahkan secara lebih khusus dalam artikel akan datang.

Husam Musa membelanjakan wang hampir RM2 juta untuk projek merosakkan imej PAS dan menaikan imej PAN. Lebai tak pasti duit ini daripada mana. Mungkin daripada PAS dulu (dia kan banyak projek kebas duit semasa menjadi exco) atau mungkin juga daripada GENTING (sampai sekarang belum saman lagi). Lebai tak tahu daripada mana, hanya lebai tahu ada maklumat sah hampir RM2 juta dibelanjakan untuk projek ini. Sila baca di sini.

Februari 2017 Keahlian PAN Kelantan adalah 1458 orang. lebai ada menulis sila baca di sini. Ini setelah hampir 8 bulan projek agresif PAN di Kelantan. Semasa ini, ceramah umum, ceramah kedai kopi, lawatan rumah ke rumah, buka cawangan itu dan ini. Pasang bendera... Kalau 'live' sahaja semalam kadang kala ada 3 tempat sehingga lebai sendiri tak tahu nak dengar yang mana? Mat Sabu ke, Salahuddin ke? Husam ke? Hebatnya ceramah PAN, tapi jangan harap nak lihat audian yang hadir... Itu syarat bayaran RM600 untuk live tak boleh tunjuk audian, hanya muka penceramah aje. Bukan apa takut nampak kerusi sahaja yang dengar. Tapi lebai mengaku tektik ini berjaya juga, orang dengar isi ceramah... PAS kena belajar MENIPU macam PAN!



April 2017 keahlian PAN Kelantan adalah 1571 orang. Ini bermakna ada pertambahan sebanyak 113 orang. Lebai hanya keliru, tiada data untuk Mac 2017. Mungkin tidak ada pengesahan keahlian PAN bagi bulan Mac 2017. Ini kena tanya Mohd Anuar Tahir, Setiausaha PAN Negara. Dia sahaja boleh jawab. Lebai tak nak memadai-madai nak tambah tokok.

Kalaulah 113 orang ini adalah 49% keahlian PAN bagi April 2017 ini bermakna HANYA 230 orang SAHAJA ahli PAN baharu untuk seluruh Negara? Nak pasti ini kena tanya Mohd Anuar Tahir.


230 orang untuk April 2017 seluruh negara sangat mengaibkan bagi parti mendakwa kononnya dia mewakili suara tidak puas hati daripada PAS berkenaan sikap PAS terhadapa PAKATAN HARAPAN.

Wahai ahli PAN semua!! Termasuk puak IKRAM yang diwajibkan jadi ahli PAN!

BERSATU, walaupun parti baharu untuk 10 Mei 2017, satu malam sahaja Bersatu berjaya mendapatkan ahli baharunya 529 org dari Felda Palong 7 Jempol. Semuanya asal daripada UMNO. Bukan macam PAN yang mampu menarik ahli PAS dan membantu menjadi tongkat kepada UMNO!

Kalau anda ada akal anda boleh berfikir secara rasional, balik semula kepada PAS jangan jadi bodoh membantu UMNO! Kalau rasa tak selesa dengan PAS, anda boleh masuk BERSATU sekurang-kurangnya anda ada maruah diri daripada berada dalam PAN jual agama kepada DAP demi untuk dapatkan sedikit habuan duit belanja Pilihanraya. Gadai maruah, hilang harga diri. Jual Jamaah IKRAM!! Semuanya kerja-kerja bodoh!

Bertaubatlah!!



Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
May 12, 2017 at 4:38 PM

Ingat pas cerdik sangat ka..tinggal geng ustaz spm pangkat 3 dok jadi ketua. Masuk mesir sebab di malaysia tak layak masuk u.

May 12, 2017 at 5:58 PM

Jangan sentap sangat der..

Anonymous
May 12, 2017 at 6:04 PM

Macai pandap panas buntut...kah kah kah

Anonymous
May 12, 2017 at 9:13 PM

Awat hang melalut...

Anonymous
May 13, 2017 at 12:49 AM

Jahanam pan ni takde benda pun,ustaz sesat adalah dua orang,kdg2 pinjam dari PKR yg nama wan ji,lain2 cuma merapu bila bercakap pasal agama,bukak je mulut terus fitnah PAS

Anonymous
May 16, 2017 at 9:44 PM

Pan sejak ditubuhkan memang kerjanya cakap besar dan kelentong. Ceramah sana sini serang pas walaupun mendabik dada kata nak lawan bn. Bodohnya tak ke mana.

May 18, 2017 at 7:11 PM

Oo cn2 pemikiran puok pan. Semua org pi belajar mesir sbb xdpt msk u dlm negara & org yg msk u dlm negara ni sbb terpaksa krn xdpt msk u luar negara.. Hahaha patutlah msk pan. Khadam otak udang xde akal cnni lah tokong dapigs nk.

September 7, 2023 at 2:05 AM

Thanks for this blogg post

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger