Dulu Geng PANlah yang cuba mewahkan pimpinan PAS


Ada seorang facebooker Sohaimi Ali  membuat penyebaran fitnah kononnya Presiden PAS "kedarah" (bahasa kasar untuk makan) sedangkan sebelum in telah dijawab tetapi dia cuba mainkan perkara ini kerana dia belajar daripada UMNO yang kan ulang-ulang perkara bohong supaya rakyat atau pembaca akan mempercayai perkara ini menjadi seolah-olah benar.


Sohaimi Ali cuba menunjukkan kononnya pimpinan PAS suka melahap termasuk pimpinan PAS Kelantan yang telah dijamu oleh Jabatan Agama Selangor.

Cara cybertropper parti PAN sebenarnya tidak banyak beza dengan cybertropper UMNO sebelum ini. Saya mempunyai maklumat yang jelas bahawa serangan makanan yang cuba edit gambar Presiden PAS yang diedar oleh parti PAN adalah kerja cybertropper UMNO semnajak 2012 lalu.


Dulu 28 Jun 2012 Manzaidi adalah cybertropper UMNO yang menyerang PAS dengan makan mewah. Dipercayai Manzaidi sekarang adalah ahli parti PAN dan bertugas sebagai cybertropper parti PAN. Saya mencabar Manzaidi membuat penafian bahawa dia bukan cybertropper parti PAN yang dibayar untuk menyerang PAS.

Saya percaya gurka-gurka PAN hanya copy dan paste sahaja apa yang disebarkan untuk menjadikan perkara ini benar dan mengaibkan pemimpin PAS.



Isu kedua, saya jelaskan bahawa budaya mewah dalam PAS ini telah dimulakan oleh geng-geng PAN sekarang ini semasa mereka berada dalam PAS dulu. Terutama PAN yang berada di Kelantan termasuk Husam Musa sendiri.

Dulu pimpinan PAS boleh merasa sedikit kemewahan bila ada program di Kelantan. Masa itu Selangor dan Pulau Piang masih belum ditawan. Exco yang menguasai Kelantan semua orang tahu bahawa Husam Musa. Tak payah cakap pasal balak sekaranglah. Dulu balak atau apa-apa semuanya Husam yang kontrol. Tapi perkara ini cuba dimanipulasikan untuk menunjukkan diri Husam itu bersih.

Husam guna duit RM4juta untuk biayai MediaTV dibawah kicdefella tanpa sebanrang audit. Itu belum lagi saya dedah macam-macam program.

Kenapa kita edit gambar untuk buat fitnah sedangkan kita tahu kebenarannya. dalam gambar berkenaan bukan Presiden sahaja ada Dr Zul dan Husam ada. Apa yang kita nak jawab disisi Allah?

Kenapa (baca parti PAN) kena ikut cara UMNO untuk menjatuhkan sesama kita sedangkan kita tahu musuh kita ialah BN @ UMNO?

Kenapa guna cybertropper UMNO untuk gerakan cybertropper parti PAN bagi menyerang PAS siang dan malam?


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger