Tun Mahatahir Dedah Kononnya BN Menang Kerana Taburan Wang Kepada Pengundi..



Selepas aje BN menang dalam PRK Kuala Selangor dan Sungai Besar, Tun Mahathir mengeluarkan satu artikel di blognya dengan menunlis "Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA)."

Tun Mahathir menulis lagi

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.


Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
Saya hairan facebooker, blogger dan laman-laman pro-pembangkang yang suka menjulang Tun Mahathir sekarang ini sebagai wira seolah-olah mereka hendak menganggatikan Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir setelah Anwar merengkuk dalam penjara tidak sedar bahawa apa yang Tun Mahathir menulis itu adalah berkenaan dirinya sendiri semasa menjadi pimpinan UMNO 22 tahun.

Yang pelik, parti PAN yang menyokong kehadiran Tun Mahathir, seperti kenyataan Mujahid Yusof Rawa seolah-olah mereka menafikan kenyataan Ustaz Fadhil Noor sebelum ini yang berdoa agar Tun Mahathir hidup panjang dan melihat keburukan apa yang dibuat.

Parti PAN setiap kali berceramah mencanang kononnya parti mereka adalah inspirasi daripada perjuangan Dato' Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tapi malangnya mereka yang memilih kenyataan kedua-dua pimpinan ini untuk kepentingan parti mereka.

Cara mereka berpolitik tidak ada berbeza dengan UMNO yang juga memilih kenyataan dan kerataan al Quran dan Hadis untuk kepentingan parti mereka.

Saya setuju dengan Presiden PAS, apabila Tun Mahathir datang berjumpa dengannya dan meminta PAS bersama dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Apa jawapan PAS. Kita bukan nak jatuhkan Najib sahaja, kita nak jatuhkan BN keseluruhannya.

Marah dengan itu Tun Mahathir mengatakan Abdul Hadi makan dedak Najib. Tapi paling gelak apabila Presiden PAS memulang paku buah keras bertanya Mahathir siapa yang mulakan dedak dalam UMNO?

memang soal rasual, pemberian wang, menukar pegawai yang tidak menyokong keburukan yang dilakukan UMNO semuanya dibuat oleh Tun Mahathir. Rakyat tidak lupa tentang bagaimana Tun Saleh Abas dipecat oleh Mahathir.

Saya juga setuju dengan kenyataan Nik Abdul, usia yang makin tua ini sepatutnya Tun Mahathir bertaubat kepada Allah taala akan dosa yang dilakukan bukan memutar belit kononnya orang lain yang buat salah sedangkan apa yang dibuat oleh Najib semuanya hasil didikan Tun Mahathir.

Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger