Sarawak Report Cari Helah, mahu batal saman fitnah Hadi mana Husam Tolong Bantu?


Sebelum anda baca artikel ini, anda kena tahu bahawa Malaysiakini kitab puak-puak dan penyokong Harapan tidak menyiarkan maklumat akhir ini. Kita tahu sebelum ini Abdul Hadi telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.

Artikel 8 perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi mereka supaya menyokong Umno dan BN.

Abdul Hadi dan PAS sebelumnya menafikan PAS tak ambil duit UMNO malah Abdul Hadi menegaskan tidak wujud nak berUG dengan UMNO sebagaimana diviralkan.



Tapi pimpinan Harapan didalangi Rafizi dan seorang pimpinan PAS, Mahfuz dan seorang lagi bekas pimpinan PAS yang baru dipecat untuk menekan dan memaksa PAS bersama dengan PAKATAN HARAPAN dengan menjadikan isu ini sebagai cara mendesak.

Abdul Hadi bertegas, PAS tak akan bersama HARAPAN dan juga BARISAN NASIONAL. Sikap dan ketegasan Abdul Hadi ini terbukti sehingga hari ini. Memang ada usaha nak gabungkan PAS dengan UMNO. Tapi PAS dah maklumkan sikap PAS sebenarnya.

Video pendedahan Mohd Amar ini menunjukkan cerita sebenar yang diputar belit oleh puak AMANAH (PAN).



Tapi mereka ini tetap memainkan isu ini dimedia massa dan menggunakan cybertropper untuk menyerang kepimpinan ulama PAS. Imej PAS diburuk-burukkan.


Tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.

Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.

Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghiraukan dosa dan pahala.

Pelik juga puak-puak mereka dalam isu liwat Anwar walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkaan sahaja dah dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.


Hari ini mereka yang kata ada itu pula tak mengaku bila mereka lihat Sarawak Report cari helah untuk batalkan saman sebelum pembicaraan nanti 30 April 2018 ini.



Husam sekadar kata dia tak kata PAS terima wang 90 juta. Dia hanya minta PAS buktikan sahaja tak terima. Hebatkan puat-puak ni dalam mengenakan pimpinan PAS dengan fitnah. Fitnah dah jadi wirid mereka.

Kalau kita kenal Husam dan dengar dia bercakap kata-kata yang top dalam whatsapp "BABI PUN BOLEH TERBANG". Maknanya hebatnya 'bual'nya Husam (bahasa kelete makna bohong atau loyar buruk)



Ini gambar baru yang baju petak hari-hari jaja fitnah kononnya audio Nik Abdul terima duit UMNO (tukang fitnah). Yang hadapan jadi imam tu Nik Abdul mangsa fitnah. Hebatkan. Yang bodoh macai HARAPAN serang Nik Abdul sedangkan mereka gelak bersama.

Berbalik isu Sarawak Report.

Kalau dia betul-betul ada bukti bahawa duit itu masuk misal dalam bank kenapa dia cari helah nak batalkan dengan alasan
alasan "intimidasi saksi". Logik ke PAS menakut-nakut atau mengacam saksi?? Kalau mereka takut kena bayar saman mungkin juga.

Ini satu lagi alasan nak batal saman.
Brown menambah Hadi memfailkan saman bukan untuk melindungi imej dirinya, tetapi untuk tujuan tidak sah melindungi reputasi PAS dan memajukan tujuan politik parti itu dan sekutu politiknya, iaitu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Hoii Abdul Hadi saman kerana puak engkau juga cabar kalau tak buat saman. Kena saman mula nak terkencing...


Antara alasan Brown untuk membatalkan saman Abdul Hadi ialah
“Mereka mahu mencemarkan nama baik saya dan Sarawak Report dalam kempen sah kami untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya dan membawanya ke muka pengadilan kerana dakwaan salah laku rasuah dan jenayah,” katanya dalam kertas mahkamah.

Yang sebelum ini negkau kata dapat maklumat daripada Ambiga, mesti maklumat itu benarkan. Takut apa. Sekarang Ambiga pun "kunci mulut".



Rewcastle Brown juga mendakwa Hadi, sama ada oleh dirinya sendiri atau ejennya, terlibat dalam penerbitan sejumlah artikel yang menyerang, memfitnah dan mengganggu beliau di laman web The Third Force dan Malaysia Today.

Ini satu tuduhan baru boleh saman lagi ni...

Lebai rasa Rewcastle Brown tak perlu risau, Husam Musa ada. Lagi pun Husam ada video Nik Abdul yang 100% diyakini oleh sepupunya. Bawa sekali sepupu Nik Abdul tu sebagai saksi, engkau boleh menanglah..


 
Kita juga nak lihat Husam Musa dengan fail dan maklumatnya untuk membuktikan fitnah wang 90juta..




Agaknya...
Apa akan terjadi selepas ini?
Kita tunggu pembicaraan 30 April 2018 nanti.
Kita lihat pembelaan 50 muka surat Rewcastle Brown dengan 40 muka surat pasal 1MBD dan 10 muka surat lagi pasal pimpinan PAS kaya raya termasuk anak Presdien PAS ada motor besar...

Yang ini lebai gelak sampai tergolek. Bodohnya Rewcastle Brown bergambar dengan motor semasa XPDC pun jadi hujah mahkamah. Husam dan macai HARAPAN lagi bodoh, walaupun tak kena saman tapi diakhir nanti jadi manusia muflis... Solat hitam dahi tapi semua kosong, hangus....




Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 17, 2018 at 3:56 AM

sabarlah tunggu 30hb 4 2018,sambungan perbicaraan. rafizi dah buat sd bersumpah ustaz naza terima 200juta dari 1mdb..risiko untuk rafizi.kata nak saman sekarang menikus.

April 17, 2018 at 4:18 PM

Wow...tak sabarnya

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger