Putus Tahaluf Siyasi Yang Azmin Ali tak Faham



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.


Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan PAS itu membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara.

"Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (ia) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.

"Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan SUK Shah Alam.

Lebai rasa Azmin masih kurang jelas apa maksud PAS putus tahaluf siyasi dengan PKR.

Untuk mudah pembaca memahami maksud putus tahaluf siyasi dengan PKR ialah jentera pilihanraya PAS tidak lagi membantu PKR dalam menghadapi PRU-14 nanti. Jentera Pilihanraya PKR (kalau ada) juga tidak akan membantu PAS dalam PRU-14 nanti. Masing-masing akan menentang BN dengan Jentera masing-masing.

Ini bermakan pekerja, penyokong, ahli PAS tidak lagi membantu memasang bendera untuk PKR. Mengerakkan sebarang risalah untuk PKR. Malah ada sesetengah bilik Gerakan PKR pun dipenuhi oleh ahli PAS untuk membuat kerja membantu calon-calon PKR.

Membuat culaan dan mengatur strategi lawatan rumah ke rumah bagi calon PKR serta ceramah kelompok.




Banyak lagi kalau lebai nak tulis, tapi itu sudah memadai. Dulu ada lebai dengar cerita Shamsul Iskandar bertanding di satu perlimen di Terengganu, dia hanya datang 2 buah kereta. Rumah sewa dan rakan-rakannya semuanya ditanggung oleh PAS. Malah semua kerja-kerja untuk PR itu dilakukan PAS dia seolah-olah datang menjadi 'tuan besar'. Macam mana ahli PAS tak marah, kalau sewa rumah untuk dia pun PAS kena tanggung. Ingat semua ahli PAS kerja cetak duit ke?

PKR kena faham putus Tahaluf Siyasi bukan bermakna PAS - PKR mesti begaduh. Kalau PKR nak tiang bendera daripada kayu atau buluh, PAS boleh tolong sediakan kalau pekerja PKR tak ada tapi kenalah bayar JANGAN INGAT NAK FREE aje. Nak jadikan PAS macam tangga untuk di PIJAK-PIJAKnya.

Kalau PKR buat apa-apa majlis, jemput PAS. PAS akan hadir. Kalau UMNO buat pun PAS hadir takkan PKR yang budiman PAS nak ketepikan. Bukan hadir berjabat tangan sahaja malah kalau berpeluk-peluk boleh!!




Pembaca ada baca berita bagaimana PKR kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak lagi mengagihkan draf daftar pemilih kepada parti-parti politik, PKR Perak dikatakan bertindak nekad dengan membawa mesin fotostat ke pejabat suruhanjaya itu di Ipoh untuk membuat salinan. (terfikir ke kenapa PAS rilek tak bising pun... PAS UG dengan SPR ke?)

Untuk maklumat pembaca sebelum ini data pemilih yang PKR guna adalah semuanya disediakan oleh Jentera IT PAS Pusat. Dulu SPR jual draf harga RM40 ribu. PAS tak beli PAS buat sendiri. PKR ambil PAS punya. Sampai hari ini tuntutan wang sumbangan untuk kerja-kerja Jentera IT dalam menyediakan draf pemilih tak di bayar.

Ini satu contoh.

Itu yang dikatakan PKR ni SUKA PIJAK-PIJAK kepala PAS.
Tahaluf Siyasi bukan bermakna kita boleh pijak-pijak kepala kawan!

PKR boleh menentukan hala tujunya. Jika PKR tak mahu pertandingan 3 penjuru, PKR jangan jadi bodoh memberikan laluan kepada PAN dan DAP untuk bertanding kawasan PAS semasa PRU-13 sebelum ini.

Kalau prinsip ini boleh difahami dan dilaksanakan tidak akan wujud pertandingan 3 penjuru. Kerjasama Politik (bukan Tahaluf) boleh dilakukan. Dengan itu UMNO dan Najib boleh dijatuhkan dengan mudah!

Mengakhir artikel ini lebai nak bagi sikit nota mengenai Tahaluf Siyasi yang berbeza dengan maksid kerjasama politik.

Tahaluf siyasi adalah satu strategi politik Islam. Terdapat pelbagai istilah konvensional yang dilihat mempunyai sedikit persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik, kompromi politik, kerjasama politik, koalisi politik, pakatan politik dan integrasi politik. Namun, adakah tahaluf siyasi yang mempunyai kaitan dengan strategi politik dalam Islam mempunyai persamaan dengan istilah lazim berkenaan?

Secara umumnya Ezell, D. dalam kajiannya mengenai Diplomacy and US-Muslim World Relations telah membincangkan mengenai diplomasi antara agama. Ia membawa maksud bahawa diplomasi ini adalah satu strategi berkomunikasi antara dua pihak atau beberapa pihak. Walaupun perbincangan berkenaan mempunyai kaitan mengenai hubungan komunikasi oleh masyarakat umum, ia tidak sama dengan tahaluf siyasi yang lebih menjurus perbincangannya mengenai ummah.

Perbezaan diplomasi dan tahaluf siyasi ini juga adalah berdasarkan pandangan Wang You Bou Ahmed Musa dalam kajiannya ‘Diplomacy Theory And Practice In Islam’ yang mengatakan bahawa diplomasi adalah salah satu daripada kebanyakan praktikal dan topik yang dinamik berkenaan hubungan antarabangsa. Berdasarkan kajian beliau, diplomasi menurut pandangan Barat meliputi tiga aspek iaitu dasar luar negara, rundingan dan cara berunding. Ini menunjukkan bahawa diplomasi ini lebih menjurus kepada perjanjian antara negara atau disebut perjanjian internasional. Namun, bolehkah umat Islam menyertai diplomasi itu atas dasar untuk menguatkan negara Islam?

Kesimpulannya, tahaluf siyasi ini mempunyai roh tersendiri. Roh yang dimaksudkan itu adalah roh Islam. Ruh Islam itu sudah pasti berkaitan dengan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT. Tahaluf siyasi ini adalah berada dalam pengawasan Allah SWT. Ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya seperti mana yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah. Dalam erti kata yang lain, laksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya dalam melaksanakan sesuatu perjanjian.

Secara ringkasnya, tahaluf siyasi ini adalah suatu kaedah rundingan kerjasama antara dua belah pihak dalam menghadapi suatu permasalahan atau konflik supaya objektif masing-masing dapat tercapai dan dalam masa yang sama tidak menggadai dan melanggar prinsip syariat Islam.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 16, 2017 at 9:45 PM

Azmin kena belajar banyak lgi pasal politik khususnya politik Islam.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger