Rafizi “Buat Drama” Kajang 2, Sediakan Tisu & Kuaci...


Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB. Malah, dakwa naib presiden PKR itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebai dah banyak menulis tentang Rafizi ini manusia yang suka kencing. Dah banyak kali dia kencing dan tuduhan-tuduhannya kebanyakan adalah fitnah sehingga dia dikenakan tindakan mahkamah yang mungkin membawa dia tidak boleh bertanding pada PRU-14.

Masih ingat langkah kanjang?


Dia menangis dalam kenyataan dan ceramahnya sehingga semua orang percaya. Akhirnya yang jadi mangsa ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dan PAS sehingga PAKATAN RAKYAT hancur kerana Langkah Kajang ini.

PAKATAN HARAPAN tak nampak jahat Rafizi kerana dia pemimpin PH.

Masih ingat Cincin Rosmah menabung semanjak kecil?

Sampai mati-matian Rafizi mempertahankan bahawa Rosmah beli cincin 24 juta? Setahun lebih dalam ceramah dijaja dan dia sanggup naik mahkamah untuk itu. Bila sampai masa saman dia kata joke aje. Tapi PAKATAN RAKYAT tak nampak jahat Rafizi kerana jahat UMNO lebih besar.

Fitnah kepada Tabung Haji?

Rafizi pada akhir tahun lalu mendakwa penyata kewangan Tabung Haji berakhir 31 Disember 2015 yang dianalisisnya menunjukkan bahawa badan itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus.

Naib Presiden PKR itu mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua pendeposit berbuat demikian sedangkan katanya, untung sebenar pelaburan Tabung Haji hanya pada RM450 juta.

Malah, beliau juga mendedahkan dirinya mengeluarkan sejumlah RM530,000 dari akaun TH miliknya.


Dalam kes Tabung Haji sekali lagi Rafizi berlepas diri.

Fitnah RM90 Juta kepada PAS bersama Sarawak Report.


Rafizi dikatakan bersama beberapa orang pimpinan DAP membuat rancangan untuk melemahkan PAS dengan membuat tuduhan PAS menerima wang RM90 melalui Sarawak Report.

Banyak lagi kes-kes pembohongan Rafizi yang menyebabkan dia disaman tetapi saya tak panjang di sini.

Rafizi sekali lagi menggunakan ke'tirisan' sistem undang-undang Malaysia untuk membuat fitnah kepada PAS dengan dakwaan kononnya PAS dapat wang 1MBD melalui orang rapat PAS?? Siapa?? Itu nak suruh orang teka maka fitnah makin menjadi kerana orang ramai akan membuat andaian... ini dipanggil POLITIK CELAKA!

Kemudian Hadi mesti jawab!!
Kalau tak jawab Hadi terima wang
Ini pun Islam TAK AJAR tapi RAFIZI IKUT CARA KAFIR!
Politik Celaka...

Anda tunggu selepas ini Rafizi akan menangis...
Dan anda akan diperbodohkan lagi..


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 7, 2017 at 10:43 AM

Guru Fitnah Lafizi adalah dari DAPigs yang dilatih Israel Zionist! Tu sebab Fitnah dah jadi budaya Lafizi 'Langkah Mayat Kajang'!

Anonymous
April 7, 2017 at 4:55 PM

Fitnah sana sini dah jadi wirid. Susah nak tinggal dosa kalau dah biasa buat. Semoga dia sempat bertaubat.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger