Rupanya DAP kena KANSER Tunggu untuk masa MATI!


Hari ini saya banyak habis masa bersembang dengan kawan-kawan keturunan Cina dalam group mereka yang rata dikuasa oleh penyokong DAP. Jadi artikel saya untuk penutup malam sebelum tidur sekadar bersantai sahaja.


Pagi Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengumumkan keluar parti DAP berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan yang menyimpang daripada matlamat asal.

Tindakan mereka yang berkenaan keluar parti menyebabkan DAP Melaka hanya memiliki baki tiga kerusi di dewan undangan negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh manakala tiada kerusi parlimen.


Manakala Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengalu-alukan tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyatnya di Melaka.

"Saya alu-alukan mereka keluar parti kerana telah berubah dan saya anggap mereka BARAH dalam parti. Sejak mereka keluar parti atas inisiatif sendiri, saya alu-alukannya," jelas beliau kepada pemberita di Pudu hari ini.

Saya dalam group SuaraMerdeka telah memberikan komen bahawa akan lebih ramai ahli DAP akan keluar daripada parti itu selepas ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti kerana dasar dan prinsip yang dipegang sebelum ini dilihat telah berubah setelah wujud perjanjian dengan Tun Mahathir.

Ramai ahli DAP tak puas hati kerana kepimpinan parti itu TERUTAMANYA KRONI LIM yang membuat keputusan untuk kepentingan diri tanpa mengambil kira pihak lain.


Fenomena keluar parti sebenarnya berlaku semenjak Januari 2016 lagi dan menjadi makin ketara selepas Lim Kit Siang membuat perjanjian SULIT dengan Tun Mahathir.

Joke saya mendapat respon yang sangat mengejutkan dikalangan ahli DAP dalam group itu bila saya kata pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa ada sel kanser dalam parti. Saya kata DAP kini mengalami pertukaran daripada tahap 3 kepada tahap 4 dan tak lama lagi akan MATI. Kesian parti PAN tak ada lagi tempat mengadu!


Share this article :
 

+ comments + 14 comments

Anonymous
February 13, 2017 at 2:55 AM

PAS pula yang sejarah asal tertubuhnya dulu adalah merupakan parti serpihan UMNO, kini teramat jelas tampaknya terhegeh-hegeh sangat hendak melekap semula dengan UMNO. Sayugia diberitahu bahawa PAS adalah merupakan parasit walau dengan parti mana jua dia bergabung. Jika PAS berjuang secara bersendirian, berapa banyakkah kerusi parlimen yang akan dimenangi? Berapa negerikah pula PAS akan berjaya tawan? Pasca kematian TGNA, PAS bergelumang bermain najis sendiri...lagi mahu menyibuk akan hal parti lain. Jaga parti lu sendiri la wey!!!

February 13, 2017 at 4:57 AM

Komen bodoh...hang xnmpak ka ph bermain dgn najis dap laknatullah?komen berjela pn xguna sbb diri sndiri xbtoi

February 13, 2017 at 7:06 AM

Pas hanya bekerjasama bersyarat x kira dgn siapa asalkan mereka menerima dasar islam. Berbeza dgn ph yg menyokong membabi buta walau terang2 dap menentang islam.

Anonymous
February 13, 2017 at 9:03 AM

Kena jelaskan apa tafsiran menerima dasar Islam. Tak sokong PAS bermaksud menolak Islam? Dan apa maksud DAP menentang Islam?
Jgn jadikan Islam modal politik anda.

Anonymous
February 13, 2017 at 11:41 PM

Tinggal Pan je masih jdi pak angguk Dap. Rakyat semakin jelas apa sebenarnya matlamat Dap. Akan tiba saat penyesalan bgi org yg membenarkan Dap dlm banyak kes selama ini. Lihatlah nanti.

Anonymous
February 14, 2017 at 1:45 AM

PAS sekarang amat berbeza dengan PAS yang dipacu oleh almarhum TGNA dan almarhum UFN. Mereka adalah ulama yang berani, tegas dan sentiasa lantang memberi teguran terhadap kezaliman serta sebarang perkara salah buat yang dilakukan oleh UMNO/BN kepada rakyat. Jika dibandingkan dengan PAS masa kini, pemimpin-pemimpinnya adalah merupakan 'ulama bisu' dan kelihatan seperti lembu dicucuk hidung. Lihat contoh seperti isu GST, 1MDB, wang RM2.6bilion masuk ke akaun peribadi dan kejatuhan nilai ringgit sekadar beberapa contoh, adakah terdapat mana-mana pimpinan tertinggi PAS yang konsisten lantang menyuarakan bantahan dan memberi teguran kepada UMNO/BN untuk membela nasib rakyat??? Memperkatakan mengenai parti lain hanyalah modal untuk mengalihkan fokus untuk menutup kepincangan dalam PAS itu sendiri.

Anonymous
February 14, 2017 at 9:04 PM

Aparaaaaaaa ada PAN berani sebut pasal Bank Bumi, BMF, Bakun, Perwaja. La ni PAN peluk2 lagi Che Det.

Balikla PANdusta

Anonymous
February 14, 2017 at 9:06 PM

Mat Sabu mana ada teloq nak sebut pasal Ahok Penang Banglo terlajak.diskaun

Anonymous
February 15, 2017 at 1:35 AM

Kelihatan amat ketara sekali kebangangan penjilat-penjilat ulama bisu di atas menerusi komennya. Oh ya tak ya, spesis tengin belakanya...memang patut pun! Aku cabar kamu semua nasihatkan orang yang kamu sanjung sebagai ulama itu supaya menegur pemerintah zalim itu terlebih dahulu!!! Bukannya menyalak kepada pihak yang bukannya menjadi pemerintah. Kalau ulama itu tidak mampu melaksanakan cabaran ini, sahih dia adalah ulama bisu.

Anonymous
February 15, 2017 at 9:42 AM

Yaaaa mana duit BMF bank Bumi Forex BNM

Macam mana ahok penang banglo terlajak murah no swimming pool

Anonymous
February 15, 2017 at 4:22 PM

Hendak saman Husam Musa isu RM90juta itu pun banyak klukkleknya, memang sah ulama bisu korang itu teramat bacul lagi dayus!!!

Anonymous
February 16, 2017 at 12:21 AM

Dulu dan skrg sama shj... Pendekatan shj d tambah baik.

Pendirian Pas jelas. Politik matang dah sejahtera. Taawun dlm kebaikan tdk kompromi dlm kemungkaran.

Islam d dahulu, syariat d utamakan. Islam memimpin bukan terpimpin. Sikap Pas konsisten, istiqamah memelihara kepentingan islam. Jika ada pihak yg boleh berkompromi dgn dasar PAS Alhamdulillah, jika mrk kembali memusuhi Pas, Pas u-turn tak kiralah berapa kali pun selagi tidak sekongkol dgn kehendak mrk.

Anonymous
February 16, 2017 at 12:26 AM

Bukan susah pun, dah tuduh datangkan bukti buat report pd pihak berwajib.

Tuduhan fitnah tanpa asas bgitu kena jawab seimbas lalu jer... Takder local standi..

Tuduh sana tuduh sini , fitnah sana fitnah sini... Alih2 tauke hilang 4kerusi.

Teruskan fitnah,iyerla neraka kan nyaman.

Anonymous
February 16, 2017 at 1:15 PM

Kalau tuduhan itu merupakan satu fitnah, sebagai individu yang ada maruah diri sepatutnya PAS atau Hadi sendiri ambillah tindakan undang-undang. Di mahkamah nanti jika penuduh gagal mengemukakan bukti, itu barulah boleh dikatakan tuduhan itu fitnah. Sebaliknya jika penuduh berjaya mendatangkan bukti, PAS dan Hadi boleh melingkup! Itulah sebab yang amat jelas, PAS terlalu bacul untuk mengheret perkara ini ke mahkamah takut tembelang pecah busuk baunya.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger