Umno berpesta di PWTC kerana PAN Dah jadi ”BALACI UMNO"


Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjayamewujudkan ketegangan dikalangan pembangkang khususnya parti PAN dengan PAS.

Musuh tradisi UMNO ialah PAS, jika UMNO boleh meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini dengan mengalih pandangan PAS kepada salah satu parti-parti pembangkang selain DAP seprti PAN maka UMNO boleh lega dan bergoyang kaki.

PAN harus kekal menyerang PAS sehingga PAS banyak menghabiskan masa menjawab serang PAN, UMNO mempunyai banyak masa menyerang pembangkang lain seperti DAP, PKR atau BERSATU.

Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas (sebenarnya bukan bebas pun pasal dia ni IKRAM pro PAN) berkata strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke-14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS.

Bagaimana nak neutralkan PAS?
Antaranya ialah menjadikan UG seolah-olah benar dan ini membuatkan puak-puak PAN akan menyerang PAS dengan isu UG antara UMNO-PAS.

Jika strategi ini berjaya  Jalan menuju PRU 14, bagi Umno akan terus selamat terutamanya di kawasan-kawasan Melayu kerana wujudnya pertandingan tiga penjuru PAS, UMNO dan PAN (Pakatan Harapan).

Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, yang sepatutnya jadi bebanan kepada Umno sudah tidak begitu membahayakan  kerana PAS tak sempat untuk menyerang UMNO disebebkan terpaksa melayan kerenah dan serangan PAN.

PAN tidak lain tidak bukan BELACI UMNO secara tidak sedar.

Sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS dalam pindaan Akta RUU 355 adalah senjata untuk menjadikan pembangkang makin ghairah menyerang PAS.

Nak tahu UMNO berjaya atau tidak dalam “meneutralisasikan” PAS ialah melihat batang tubuh si Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre.





Bayangkan seorang kononnya pengalisis data politik boleh percaya dengan UMNO. Kalau dia ini percaya setakat ahli PAN lain bodoh dalam analisis tentulah lagi percaya.

Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.

“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli." Katanya lagi.

Kan dah kata si Hisomuddin ini pun boleh terperangkap dengan strategi UMNO.
Bila mereka percaya PAN akan menjadi BALACI UMNO terus menyerang PAS.

Hisomuddin berkata "Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS. "
Saya tak tahu macam mana kononnya pengerusi sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas boleh percaya dengan kata-kata Najib.

Kalau UMNO boleh tipu orang cerdik IKRAM, jangan hairan ramai ahli IKRAM menjadi bodoh bersama PAN menyerang PAS kononya PAS-UMNO nak bergabung.

Makin gelak NAJIB dan seisi keluarga UMNO melihat PAN sudah JADI BALACInya menyerang PAS Kelantan.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
December 3, 2016 at 11:27 AM

Kesian pigs...simpati atas kelupuran..

Anonymous
December 3, 2016 at 6:35 PM

Pan balaci Dap secara langsung dan jdi balaci umno secara tak langsung. Kerjanya bukan serang umno tpi serang Pas. Terang lgi bersuluh.

December 3, 2016 at 7:50 PM

Kalau benar pon teori ini kenapa PAS merelakan dirinya dipermainkan UMNO?
Bersih asingkan diri. Undi bajet berkecuali dan banyak lagi.
Siapa Hisomuddin,siapa Hj Hassan Omar pon kronik juga. Alahai...

Anonymous
December 5, 2016 at 9:45 PM

Pas tak pernah rela dipermainkan umno tpi ada parti yg rela menjadi terompah Dap...bersikap lembut dgn kuffar tpi menentang sesama muslim demi kepentingan politik.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger