Sambutan Setahun Parti PAN Tanpa DAP dan PKR


Sambutan Setahun parti PAN diadakan di Y Square Connexion Muar jika diperhati sangat pelik. Kenapa saya kata pelik?

Sambutan ini tanpa BOS BESAR DAP dan PKR juga tidak hadir.


Majlis Sambutan ini dihadiri lebih kurang 400 orang sahaja walaupun program ini untuk ahli PAN seluruh negara. Majlis utama PAN tanpa rakan Pakatan Harapan. Bayangkan PAN ni parti yang sentiasa menjilat DAP dalam apa keadaan tiba-tiba tak jemput bosnya. Tak pelik. PKR tak hadir memang pelik tapi tak sepelit tidak hadirnya DAP.

Lagi pelik yang hadir hanya BERSATU parti baharu.


Bukan sahaja kelibat pimpinan DAP dan PKR tak hadir, malah bendera DAP dan PKR pun tidak ada. Hanya ada bendera BERSATU di semua tempat termasuk di Y Square Connexion, Restoran Cina terkenal di Muar.



Poster Countdown sempena Sambutan Satu Tahun PAN juga memaparkan TS Muhyiddin lebih utama daripada pimpinan parti PAN. Gambar Mat Sabu tak ada manakala gambar Salahuddin Ayub pula lebih kecil daripada Muyhiddin seolah-olah Muhyiddin pimpinan utama sedangkan ini anjuran parti PAN. Sangat luar biasa.


Adakah PAKATAN HARAPAN telah berpecah belah?
Adakah PAN telah berpecah dengan DAP dan PKR?

Tunggulah ulasan lanjut daripada Haji Hassan Omar......



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 10:56 PM

Pan cuma terompah Dap. Pkr pun tak selera dgn Pan. Bibit pepecahan pun dah mula dlm Pan.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger