Pejabat PAS DUN Salor Ingat AMARAN Allah


Saya terbaca di blog cikgu alhusseyn kononnya Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti berbohong pasal status tanah pejabat Dun Salor yang Husam Musa buat macam harta mak bapak dia derma kepada parti PAN.

Saya tak marah kepada Cikgu AlHussseyn sebab dia cetak maklumat tentang kenyataan Ustaz Nassaruddin. Sepatutnya dia dengar sendiri video yang ada mengenai perkara ini. Tapi yalah bila nafsu menulis, kita sanggup menepikan kebenaran.

Sebelum saya panjangkan penulisan ini suka saya kisahkan tentang azab Allah kepada mereka yang mengambil hak orang lain dengan zalim.

Allah memerintahkan agar keadilan ditegakkan di muka bumi ini untuk keharmonian, kesejahteraan dan keamanan. Islam telah mengatur antara syarat-syarat untuk menjadi pemerintah, ketua, hakim, kadhi atau pemimpin iaitu sebagai orang yang berkuasa supaya kita mestilah bersikap adil.

Adil kepada diri sendiri, rakyat, masyarakat, sesama manusia, kawan-kawan, alam persekitaran, haiwan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan orang yang zalim yang mengamalkan amalan zalim kebiasaannya tidak kekal lama, malahan di akhirat kelak Allah menghumbankan mereka ke dalam neraka.

Rasulullah SAW telah memberikan amaran, walaupun sejengkal tanah dirampas daripada orang yang empunya milik hak atau harta, Allah SWT akan memberikan balasan kezaliman itu dengan menggantungkan lehernya di tujuh petala bumi sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Daripada Syaidatina A’isyah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa merampas hak orang lain walaupun sekadar sejengkal tanah, Allah akan menggantungkan nanti di lehernya tujuh petala bumi” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Tanggunglah beban itu kepada sesiapa yang melakukan kezaliman tersebut. Oleh yang demikian Rasulullah SAW melarang umatnya daripada mengganggu-gugat ketenteraman orang lain dan dengan itu akan mewujudkan suasana tidak selesa, tidak aman kerana tidakan kita atas amanah yang diberikan.

Oleh itu pulangkanlah semula harta tanah jika diperolehi secara salah dan terkutuk kepada tuan asal atau kepada waris mereka atau kepada parti/pertubuhan sebelum 'malaikat maut' menjemput kita. Adakah yang diperolehi secara 'haram' itu ingin dijadikan harta peninggalan atau harta pusaka? Atau harta perjuangan baru? Tepok dada tanyalah Iman kita, jika kita mengaku sebagai umat Muhammad SAW.

Berbalik kepada kisah tanah pejabat PAS DUN Salor.

Ustaz Nassaruddin dalam ceramahnya menyebut kalau mengikut teknikal tanah itu bukan milik PAS dan milik individu yang mana asal tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri.

Dalam PAS, banyak tanah diwakafkan tetapi masih diletak atas nama individu kerana mereka tidak mahu mewakafkan tanah kepada pejabat agama dikatakan kerajaan boleh mengambil alih tanah berkenaan untuk menyekat PAS membuat aktiviti, zaman dulu, orang tua-tua mereka bukan faham undang-undang mereka lebih suka membuat atas nama individu atas dasar tak nak beri kepada kerajaan.

Mereka juga mengambil pengajaran daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir bila gerakan itu diharamkan kerajaan merampas harta Ikhwanul Muslimin, jadi oirang tua-tua dulu ada sikit fobia bahawa PAS mungkin diharamkan, jadi harta lebih baik diwakaf atas nama orang lain.


Pemilik asal tanah ini adalah Pn Minah binti Musa telah didaftarkan pada tahun 1960 dan tanah ini menjadi Hak Milik pada tahun 1961.


Kemudian berlaku pindah milik kepada pemilik kedua dipercayai 'diwakafkan' menggunakan nama Pn Haripah binti Dollah (Orang panggil Saripah) pada tahun 1993. Puan Haripah ini adalah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Rosli ini adalah bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan 2008 - 2011.



Dia ni dulu UMNO, selepas tu Semangat 46 dan banyak kali bertanding tapi kalah.

Tahun 1990 PAS menang di Kelantan dengan gabungan Semagat 46 sapu bersih semua DUN. Masa sebelum ini Rosli bertanding di Parlimen dan Dun Salor tapi kalah.

Wujud kesefahaman untuk buat pejabat PAS di situ. Tanah perlu milik seseorang, maka dipilih isteri Rosli untuk menjadi amanah (bukan parti AMANAH) mengikut cerita versi orang lama. Kalau nak penerangan lanjut pergi tanya si Ibrahim Sulaiman (gambar bawah) anak saudara kepada Puan Minah pemilik asal macam mana tanah ini boleh bertukar milik kepada si isteri Dato' Rosli??



Saya dapat maklumat tanah itu bukan dijual. Tapi saya tak nak pandai-pandai, sebaik-baik pergi tanya diam-diam kepada si Ibrahim atau si Haripah sendiri.

Dato' Rosli dikatakan menyerah kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau. Ini versi parti PAN.

Hanya orang bodoh macam puak PAN aje termasuk cikgu Husseyn boleh percaya tanpa sebarang sebab orang-orang yang ada harta dan tanah akan serah kepada Husam? Siapa Husam yang berhak terima tanah melainkan Husam masa itu adalah pemimpin PAS yang dipercayai mempunyai AMANAH untuk beramanah dengan harta wakaf.

Saya malas nak berhujah dengan puak PAN yang kadang kala akalnya pendek. Dahlah akal pendek mereka beremosi pula.

Habis bangunan itu hak siapa?
Hak mak bapak Husam bin Musa ke? (Ini bukan saya kata)

Orang PAS yang berkorban membangunkan bangunan Pejabat PAS. Memang Husam Musa yang urus pembangunan itu, saya tak nafikan tetapi derma yang sampai adalah kerana Husam adalah pemimpin PAS. Kalau Husam itu bapak UMNO pasti orang tak beri derma.

Satu lagi hujah mereka, kononnya pemilik dah masuk PAN ikut dia dia nak serah kepada siapa? Itu pun dangkal juga tak faham konsep wakaf.

Lagi pun ingat pederma terbinanya bangunan PAS Dun Salor tu semuanya masuk PAN ke? Ada yang masih setia kepada PAS sedang harta, keringat yang disalurkan untuk bangunkan bangunan pejabat PAS Dun Salor telah diselewengkan oleh Husam. Husam tidak AMANAH dalam menjalankan tanggungjawab.

Saya hanya minta sesiapa ahli PAS yang ada sumbangan kepada pejabat itu hendaklah berdoa kepada Allah supaya ALLah laknat mereka yang bersubahat dalam penyelewengan bangunan pejabat PAS Dun Salor termasuk mereka yang menyebar fitnah di whatsapp dan fecebook.

Di dunia ini kamu akan menang secara teknikal
Tapi Allah Maha Kuasa, tunggulah azabNya bagi mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.


Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
September 7, 2016 at 6:04 AM

Kami yg ada sumbangan kat parti agama perut hijau ýg telah memngkhianati kami mcmama pulak..taklah kami sampai nak berdoa laknat sebab kami lebih matang dlm berpolitik...nk dakwah ke nk jd perut hijau...

Anonymous
September 7, 2016 at 8:50 AM

Cuba kau ulas plak hal tanah kat rantau panjang yang tiba2 je ada nama mustafa ali.nilai skrg dijual kepada PR1MA dkt 20juta.duit parti ke tak?
Buat apa kau pergi jauh2 kalau kau ikhlas kerana agama dan kerana parti.yg kau ulas hal tanah tu masih lagi boleh dibahaskan sbb masih guna utk awam.
Yg tanah kau rantau panjang tu bukan wakaf,tapi duit parti..ke bongok haji hassan tak nampak???mmg parti putar belit agama la kau ni kan

September 7, 2016 at 9:15 AM

Jawab je lah dulu isu yg dibangkitkan.. Selalu PAN mmg macam ni suka tukar topik..

Anonymous
September 7, 2016 at 11:40 AM

Dia Yang Buat Masjid Dhirar.. Siapa?



KEJADIAN berlaku ketika solat, oleh kerana seorang makmum merasakan suaranya lebih sedap dan merdu daripada suara imam, lalu dia pun membaca dengan jahar, malahan lebih kuat daripada Imam.

Usai solat, imam dan makmum lain menegurnya, kenapa kuatkan suara melebihi imam. Awalnya dia hanya diam bila ditegur, namun ketidakpuasan hatinya berpanjangan, tiap kali dia solat berjamaah, dia tetap membaca dengan kuat.

Akhirnya imam dan makmum yang lain sudah tidak dapat menahan sabar kerana sikapnya yang menganggu solat jamaah. Keputusan dibuat dan dia tidak dibenarkan lagi solat berjamaah disitu.

Dia begitu marah dan menjaja cerita kononnya imam dan makmum di kampungnya jahil, tak boleh nak menilai mana yang lebih baik, lebih suka memilih orang yang lemah dan tak nak menerima orang yang lebih baik.

Di kampungnya pula, imam dan orang kampung kini rasa aman waktu bersolat, tiada lagi gangguan suara yang lebih kuat daripada imam. Kalau tidak huru hara sokmo (istilah Pahang yang bermakna sentiasa), nak solat pun sentiasa terganggu.

Akhirnya si-makmum (yang perasan bersuara merdu) tadi buat masjid baru dan dia menjadi imam. Kini dia boleh bersuara kuat sebab dah jadi imam. Namun di masjid barunya kini telah mula tidak aman sebab ada makmum yang telah mula membaca lebih kuat darinya.

Aduh..mapehhhhhh



Dipetik daripada Fb Buletin Tanjung Lumpur
Artikel PAS Negeri Pahang
Judul: Al-kisah makmum yang sombong

Anonymous
September 7, 2016 at 11:46 AM

KEJAHATAN HUSAM KEPADA RAKYAT KELANTAN SAMPAI TAK MAKAN BRAKE


http://mymassa.blogspot.my/2015/01/ngeh-dan-ngah-suka-hati-kamilah-gondol.html?m=1



NGEH DAN NGA: SUKA HATI KAMILAH GONDOL HUTAN KELANTAN, BISNES MA... HUSAM KAWAN BISNES MA..

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.
“Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.
“Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
“DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dedah BBCD.
Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk “Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit.”

Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.
Blog sungguhka mendedahkan asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk ‘Projek Ladang Rakyat’
“Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.
“Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.
“Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.

Anonymous
September 7, 2016 at 11:47 AM

Kah kah kah macai2 PAN la ni tengah hingaq.

Husemmmmm Husemmmmmm Husemmmmmmmmmmm

Siap PAS, lepas kami suruh Mat Sabu Blah ganti dengan Husam. Timbalan Husam pula adalah Mujahid lepas kami terajang Din Pudu. Waktu tu bukan PAN khadam DAP, tapi DAP adalah khadam PAN

Tulang Bullshit
MelakaWaves
(Blogger atas foto tank, bawah foto selife kat Taman Macam Bangladesh)

September 7, 2016 at 3:03 PM

Topic admin mengenai asal pemilik dan tujuan premis dibangunkan ..
Klu ada perkara lain elok pergi ke topic berkaitan atau tggu topic berkenaan..
Jgn dok bncg campur aduk..tu namanya tak reti berdiskusi ...
Tapi buat admin, boleh buat filter.. approved yg berkaitan..yg tak berkaitan tak perlu campur aduk..
Itulah tugas admin, biar setiap topic ada fokus, walaupun ada yg pro vs kon, tapi biar fokus..

Anonymous
September 18, 2016 at 9:49 PM


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.

Anonymous
October 17, 2017 at 9:06 PM

Hahaha ni mesti bangsa pan������

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger