Parti PAN nak agih kerusi JANGAN gelak


Lama tak dengar kenyataan Ketua Komunikasi parti PAN si Khalid Samad. Bukan apa sekurang-kurang kita boleh berhibur dengan pelbagai kenyataan yang melucukan.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan berita, Parti Amanah Negara (PAN) telah menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kawasan majoriti Melayu.

Antara petikan kenyataan Khalid Samad ialah;
Ketua Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, itulah pendirian parti itu dalam sebarang rundingan untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita mesti mencari jalan demi perpaduan pakatan pilihan raya. Mereka (BERSATU) tidak semestinya perlu menyertai Pakatan Harapan," kata Khalid.
"BERSATU akan bertanding di kerusi majoriti Melayu manakala PAN akan meletakkan calon di kerusi yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu," jelas Khalid lagi.
Ada beberapa perkara yang boleh kita bahaskan di sini;

1.  Khalid Samad bercakap ni dah mendapat restu bos besar dia atau belum? Maksud saya DAP dah setuju dengan kenyataan ini, atau dah semak dengan DAP nak buat kenyataan? Bukan apa, takut nanti kalau bos besar tak setuju terpaksa buat u-turn pula.

2.  Khalid bercakap ni pakai akal atau bercakap pakai nafsu? Kawan saya bertanya katanya yang lucunya dalam keghairahan dan nafsu meluap-luap untuk berkuasa dia lupa bahawa kerusi Parlimen Shah Alam itu kerusi majoriti Melayu. Takkan Khalid Samad nak bertanding di PJ Utara? Nak bagi kepada BERSATU?

3.  Kata kawan saya lagi, k
erusi DUN Morib dan DUN Hulu Kelang yang dicuri dari PAS juga majoriti pengundinya Melayu. Kesian si pencuri 2 orang tu nak bertanding di mana nanti.

Si Saari tu banyak kali pilihan raya dia suka bertukar parti daripada sokong UMNO (IRC) dia tak bertanding, masuk PKR bertanding kalah, kemudian masuk PAS dapat DUN. Buat lari dan mungkin PRU-14 nanti bertanding atas tiket BERSATU pasal DUN tu kawasan Melayu khas untuk bersatu, tak begitu Khalid Samad?

Kalau mengikut kenyataan Khalid, PAN akan bertanding kawasan campuran dan bukan Melayu yang dengan jelas menunjukkan PAN mengharapkan bantuan bos besarnya.

Satu yang saya masih tertanya-tanya, NAK KE DAP NAK BAGI KERUSI KEPADA SI PENCURI PARTI PAN NI?



Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger