Tarian Gelek Puteri UMNO tapi parti “PAN” serang PAS



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu telah menyelitkan satu persembahan tarian gelek ala arab pada majlis perasmian persidangan sayap parti itu kelmarin.

Gambar dan video tarian gelek ini menjadi senjata kepada parti PAN/IKRAM untuk menyerang PAS terutama PAS Kelantan, kononnya konsert Salena Gomez boleh bantah tapi tutup mata untuk program UMNO. Nak ber'UG" dengan UMNO kononnya.

Malah beberapa facebooker telah memanipulasikan tarian gelek puteri UMNO ini untuk menyerang PAS, antaranya.



Saya terpaksa sensor gambar Salena kerana puak PAN/IKRAM bukan tahu malu, adap dan hukum, asalkan dia rasa puas hati nak sakitkan hati mereka yang nak laksanakan hukum Islam di negara ini mereka sudah bangga. Hati mereka telah 'hitam' sebab itu mereka tak rasa bersalah untuk buat fitnah!

Sepatutnya mereka serang UMNO sebab UMNO yang buat maksiat tapi PAN/IKRAM serang PAS kenapa??

...Tak lain tak bukan kerana mereka adalah TONGKAT UMNO yang bekerja keras membantu UMNO untuk jatuhkan PAS Kelantan yang telah tidak berjaya dilakukan oleh UMNO 22 tahun lalu semenjak TGNA memerintah.

Kalau PAS jatuh di Kelantan siapa naik?
Takkan PAN akan naik, takkan Husam Musa jadi MB?
Yang ini pun puak PAN/IKRAM tak boleh berfikir!

Semasa menjawab posting puak-puak PAN/IKRAM saya selitkan gambar di bawah.



Saya buat satu "caption" HANYA PAN/IKRAM sahaja MIRIP dalam menjayakan acara parti mereka. PAN sebenarnya UMNO JADIAN!!

Saya nasihatkan yang fitnah kepada PAS dalam posting mereka berkenaan tarian gelek harap minta maaf. Sejahat-jahat UMNO pun mereka dah minta maaf.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Baharu Wan Salmiah Wan Ghani telah meminta maaf dan pihak akan telah mengambil iktibar daripada kejadian itu dan memberi jaminan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang setelah PAS membuat teguran.

Hanya tunggu kaki fitnah PAN/IKRAM sahaja, bila nak minta maaf atas posting fitnah jahat anda? Jika anda seorang mukmin jangan malu untuk minta maaf sebab itu ajaran Islam melainkan anda memang jenis KERAS KEPALA dan membelakangi Islam!


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger