Parti Baharu Tajaan Tun Mahathir Terdiri Daripada “Orang Bodoh”?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai.

“Orang yang lebih bodoh boleh masuk (UMNO)… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati.. pengganti dia bodoh daripada dia.

“Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia.

“Sbab tu hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. saya fikir amalan ini patut dihentikan,” katanya berucap pada perhimpunan menerangkan isu-isu semasa di Karangan, Kulim Julai 2016

Mahathir mengatakan UMNO hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya. Pasal itu mereka yang cerdik masuk PAS tak hairan dalam PAS ada ramai Dr.

Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan bodoh dan bangang yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.

Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.

Mahathir dilaporkan berkata keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.

Terjemahan yang tepat untuk “Rotten to the Core” dengan mengambil contoh buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” iaitu bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” ini bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang.

Beberapa hari lalu Tun Mahathir berkata parti baharu ini untuk mengambil alih ahli-ahli UMNO. Kemudian hari ini pula penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata parti politik baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya kerana Umno kini bermasalah dan tujuan sebenar parti politik baharu itu ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno.

Saya tak nak komen panjang, anda boleh fikir sendiri.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger