Sangat Lucu, Parti Lari Kerusi Ikrar Tak Akan Lompat Parti!



“Selagi Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara), Khalid Abd Samad (Pengarah Komunikasi Amanah) dan tidak kira mana-mana pimpinan dalam masih berada dalam Amanah, saya akan terus berada dalam parti ini”, demikian ikrar calon Amanah PRK Sungai Besar, Azhar Ab Shukor.

“Sebelum ini saya dibisikkan jika menang adakah akan masuk Pas. Sebab ada cerita-cerita yang kata Amanah ini serupa dengan Pas yang akhirnya nanti akan balik kepada Pas juga.

“Soal Amanah balik kepada Pas, itu cerita pimpinan. Kita serah kepada mereka,” katanya di sini, malam kelmarin.



Sebelum ini Takiyuddin Hassan pernah mendedahkan dalam Muktamar 2016 baru-baru ini bahawa ada dikalangan pimpinan parti PAN ingin kembali kepada PAS. Ada yang pernah menghantar surat untuk keluar PAS meminta untuk membatalkan surat mereka.

Kata Takiyuddin ada yang dah kita proses pembuangan keahlian dan ada yang masih belum. Jika nama dah dibuang daripada ahli PAS, mereka ini kena proses semua macam ahli baru biasa manakala yang belum dibuang lagi kita boleh batalkan.

Yang pelik di sini ialah parti yang pernah melompat dan larikan kerusi kini buat ikrar calonnya supa jangan lompat dan buat lari kerusi.

Sangat lucu, memang bijak orang tua kita buat peribahasa macam ketam suruh anaknya berjaya betul!


Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger