Penyokong UMNO Cedera di Kepala dan Lengan Setelah Menyerang Penyokong PAS


Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar hari ini dicemari pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan sekumpulan penyokong Pas (Tak sempat nak UG.. kata puak PAN)


Kejadian itu berlaku di Taman Bunga Raya, Jalan Utama di sini, kira-kira jam 6.20 petang ini. Ketika kejadian, mangsa, Mohd Faizol Faly Yaakop dikatakan cuba menyerang sekumpulan penyokong PAS kerana ayahnya Yaakop Saarih, 64, yang rebah akibat tolak menolak berlaku dengan seorang lelaki, dipercayai penyokong Pas ketika dia mengiringi wakil calon BN menziarah rumah penduduk dan bertembung dengan PAS juga sedang menziarahi penduduk.

Mohd Faizol Faly yang cuba menyerang lelaki dipercayai penyokong PAS cedera di kepala akibat dipukul lelaki itu dengan sebatang kayu. Faizol kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk rawatan.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kuala Kangsar mengesahkan menerima laporan itu dan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes berkenaan.




Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger