PAS Masih Releven Dan Mampu Menonjol Walaupun Berhadapan Dengan 1 Kerajaan Pusat & 2 Kerajaan Negeri


Mohd Sayuti dalam blognya menulis sebaliknya PAN, boleh berpuas hati dengan kejayaan meraih undi sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala Kangsar.

Katanya lagi, sebagai penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, PAN harus berbangga dengan pencapaian itu. PAN berjaya juga meletakkan dirinya di persada politik tanah air.

Sayuti Omar menghina dan membuat fitnah kepada PAS dalam tulisannya kononnya strategi Pas untuk bertanding secara bersendirian jelas membawa bencana memalukan kepada parti yang pernah menjadi harapan umum untuk menjadi alternatif kepada Umno itu. Lainlah kalau ada nawaitu kecil disebalik kalbu Pas penyertaan itu bagi membantu BN, yakini Umno yang kini sudah dipelukinya demi mempertahankan kerusi itu dari jatuh ke tangan pembangkang.

Saya cukup kesian kepada Sayuti Omar, selepas daripada sembuh sakit yang kian lama berada di hospital dia menjadi makin celaru dan fikirannya selalu terganggu sehingga dia menulis pun mengikut apa yang terlintas tanpa mempunyai sandaran yang kukuh.

Sayuti tidak sedar bahawa dengan memperolehi undi 6,902 itu adalah menunjukkan PAS masih kuat dan sangat mudah jika akal tidak dangkal boleh berfikiran waras membuat analisis ringkas dimana PAS mendapat 6,902 undi itu selepas PAS;

1. Mengalami krisis yang sangat teruk dalam sejarah PAS dimana hampir 50% kepimpinan PAS yang membentuk parti baru.

2. PAS juga keluar daripada Pakatan Rakyat dan menghadapi kritikan yang hebat oleh ramai penulis pro reformasi termasuk Sayuti yang fikiran celaru selepas sakit.

3. PAS menghadapi serangan yang bertali arus oleh DAP dan juga PKR dalam mana-mana perjumpaan.

4. Fitnah kepada PAS, termasuk fitnah untuk bersama UMNO dilemparkan untuk menghilangkan sokongan rakyat yang kini makin benci kepada kerajaan.

5. IKRAM yang dulunya IRC menggunakan sepenuhnya usaha mengerakan parti PAN dan memburukkan PAS dalam perjumpaan tertutup mereka.

6. Serangan RUU Hudud oleh DAP, PAN dan Mahathir.

7. PAS bukan sahaja berhadapan dengan UMNO dan Jentera Kerajaan Pusat, malah PAS berhadapan dengan 2 lagi Jentera Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Bagi saya mendapat undi 6,902 iaitu 44% daripada undi pembangkang adalah suatu nilai yang sangat tinggi dan menunjukkan PAS mempunyai kekuatan sendiri daripada ahli akar umbinya dan juga DHPP yang baru dan sedang bertunas.

Apabila PAS mendapat lagi ruang untuk bersama dengan NGO sudah tentu PAS akan menjadi block ketiga yang akan memberikan satu saingan yang sengit.




Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 20, 2016 at 8:38 AM

Saya sekadar mengharapkan agar PAS jgn toleh kebelakang lagi.. perkukuhkan Blok ke 3.. jgn ambil pusing lagi pd PH kerana ini akan hanya membuang masa .. PRU14 dah dekat sesangat nih!

June 20, 2016 at 2:25 PM

Saya sekadar mengharapkan agar PAS jgn toleh kebelakang lagi.. perkukuhkan Blok ke 3.. jgn ambil pusing lagi pd PH kerana ini akan hanya membuang masa .. PRU14 dah dekat sesangat nih!

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger