Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Akhir PAN Kuala Kangsar



Hampir semua pimpinan utama DAP turun ke Kuala Kangsar dalam ceramah akhirnya. Mat Sabu juga ada di sana. Boleh kata PH agak rasa gusar untuk PRK di Kuala Kangsar berbanding dengan Sungai Besar kerana pengundi Cina hanya 24% berbanding 31% di Sungai Besar.

Saya teringat pernah terbaca artikel daripada blog Nordin Ali bertajuk "Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Pakatan Harapan Di Kulai Johor"
 
Rupanya apa yang pernah ditulis oleh Nordin Ali lebih daripada setahun yang lalu masih releven. Jangkaan yang dibuat oleh Nordin Ali bahawa Pakatan Harapan tidak akan dapat undi Melayu, malah undi Melayu akan menjadi makin merosak akibat sikap DAP yang sangat rasis dan anti-Islam.

Nordin Ali membuat perbandingan daripada kehadiran BERSIH4 setelah PAS menyatakan tidak akan hadir pada BERSIH kali itu dan selepas itu hampir semua program yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan sudah tidak dianggap oleh orang Melayu penting.


Seperti Nordin Ali saya cuba untuk mencari muka-muka Melayu daripada sorotan gambar ceramah akhir PAN di Kuala Kangsar. Saya cuba menghitung setiap baris kerusi yang diduduki (lihat gambar atas) untuk mendapat nisbah Melayu dengan Cina. Untuk dapatkan nisbah 1/50 pun sukar.

Saya membuat kesimpulan bahawa ceramah malam itu adalah ceramah DAP bukannya ceramah PAN.

Pengundi Kuala Kangsar ialah 33,540 orang, katakan yang hadir mengundi ialah 75% jadi yang mengundi ialah 25,155. Katakanlah 100% Cina sokong PAN. PAN akan dapat 6,037 orang masih belum mampu untuk memenangi PRK Kuala Kangsar.



Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger