30% Pengundi Cina Beralih Kepada BN Kerana Tolak Parti PAN?


DAP mengakui kekalahan parti cawangannya (Parti PAN) di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan sokongan masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Lim Kit Siang, Tony Pua dan Nga Kor Ming selari dalam membuat kesimpulan ini.

Timbul persoalan kenapa pengundi Cina beralih kepada BN sedangkan isu 1MBD, GST dan kenaikan harga barang makin mencerkam? Adakah mereka memaafkan BN?

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam mengulas peralihan pengundi Cina mengatakan bahawa mereka mulai percaya kepada kepimpinan Najib dengan memberi contoh pembinaan Jambatan Manong.

Saya rasa gelak jika Menteri atau Timbalan Menteri UMNO buat ulasan. Mengalahkan budak sekolah tadika 'kelentong' mereka.

Manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.


“Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.

“Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia saya perhatikan seperti itu,”

Saya setuju tapi kenapa?

Ada penganalisis luar membuat analisis perkara ini mendapati bahawa pengundi Cina beralih kepada BN kerana mereka kurang percaya dan yakin dengan parti PAN @ AMANAH.

Antara dapatan daripada kajian ringkas kumpulan ini kepada pengundi sasar selepas PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mendapati

1. Pengundi Cina bosan dengan Pakatan Harapan yang mana dikatakan berebut kuasa apabila mendapatkan kuasa sama seperti BN.

2. Mereka tidak percaya kepada calon daripada PAN @ AMANAH kerana mereka berpecah daripada PAS dan sikap mereka selepas perpecahan itu yang melanggar janji dengan PAS dan membawa bersama kerusi yang dimenangi. Mereka ada keraguan mungkin calon ini akan kembali kepada PAS atau bertukar kepada parti lain.

3. RUU 355 dipercayai mungkin akan disokong oleh MP parti PAN @ AMANAH dan sebilangan kecil beranggapan mereka berpura-pura dalam isu ini (menyumbunyikan sikap)

4. Tekanan ekonomi dan juga beberapa sekatan oleh BN kepada masyarakat Cina membuatkan mereka rasa mereka perlu memberikan sokongan kepada BN untuk mendapatkan keselesaan dalam isu ini.

Jadi 30% pengundi Cina tidak lagi sokong BN bukan kerana mereka suka BN tetapi mereka sebenarnya tidak suka kepada PAN @ AMANAH.

Saya rasa dapatan ini akan membuka mata mereka (baca puak PAN/IKRAM) yang mendabik dada Cina sokong mereka dan menolak PAS.



Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger