Ching Peng, Henry Gurney dan Presiden PAS

Berbicara pasal Ching Peng, ramai berpendapat PR tak perlu terlalu fokus kepada isu ini, sedangkan banyak isu dan sejarah belum diperjuangkan.

Walau bagaimanapun saya lebih suka ulasan daripada Aziz Bari, beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

Aziz Bari berkata bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia bersifat manipulasi emosi veteran tentera dan polis.

 

Ulas Pasal Kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan Resolusi Multaqa Ulama

Aku terbaca satu kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan dengan Multaqa Ulama Se-Malaysia (PAS) di laman Tranungkite yang bertajuk Muafakat untungkan Pas.
Daripada apa yang aku baca aku buat kesimpulan Ustaz Ahmad Awang tidak faham Resolusi Multaqa Ulama (PAS). Aku bukan nak kurang ajar dengan bekas AJK Ulama' PAS berkenaan tapi itu hakikatnya.

Berbeza dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memahami maksud resolusi dan memberi perhatian tentang pandangan daripada Dewan Ulama walaupun bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum PRU-13. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim. (Tulisan Tuan Ibrahim di rujuk)

 

Komen Tulisan Agus Yusoff

Prof. Dr Muhamad Agus Yusoff  telah membuat komen di FBnya berkenaan resolusi Multaqa Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013.

Antara lain Prof Agus berpendapat resolusi menunjukkan kepadanya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Antara tulisan Prof Agus ialah:

 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger