Kecelaruan pemberitaan di Harakahdaily mengenai isu Anwar & Isreal

Saya banyak kali menulis pasal harakahdaily, terutama pasal berita mengenai Dr Hassan Ali sebelum ini. Saya tak tahu sejauh mana peranan Harakahdaily dalam hal ini. Tapi ada rasa kecewa kerana harakahdaily bukan menyampaikan peranan sebagai saluran parti tetapi lebih kepada agenda 'tersembunyi' daripada sekumpulan wartawan.

Kita selalu disebut tentang maklumat mesti telus, tepat dan intergeriti tapi adakah harakahdaily benar-benar menghayatinya.

Dalam isu politik sepatutnya harakahdaily lebih cermat, apatah lagi melibatkan pemberitaan mengenai kepimpinan PAS sendiri atau kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau harakahdaily nak menjadi akhbar yang benar-benar telus, siarlah secara jujur apa yang berlaku, tapi kalau harakahdaily nak jadi suatu saluran parti yang mengekang kerajaan jadilah benar-benar akhbar yang mengekang kerajaan dengan  maklumat yang tepat dan benar, bukan main hentam aje mengikut selera, sekadar nak ambil gaji bulanan sahaja.

 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger