Latest Post

PAS Menang Tipis Di Terengganu HARAPAN Ada Hilang Wang Pertaruhan


Apabila lebai menulis artikel mengenai kedudukan di Pulau Pinang HARAPAN tak boleh membentuk kerajaan walaupun DAP menang kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan , ada sahabat baik lebai minta lebai mengulas kedudukan di Terengganu. (Baca di sini dan di sini).

Secara peribadi lebai tak ambil hirau perkembangan di Terengganu, hanya menumpu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Tapi untuk memenuhi hasrat sahabat ini, lebai cuba menghubungi kenalan yang banyak membuat analisis di Terengganu. Kebetulan pula seorang sahabat IKRAM yang dulunya pegawai Petronas kini balik kampungnya di Seberang Takir dan bergiat dengan AMANAH (PAN).

Sebelum kita membuat analisis pola kecenderungan pengundi di sana kita kena ambil beberapa perkara sebagai asas.


 1. UMNO di Terengganu tidak menghadapi masalah besar dengan rakan MCA (Tiada MIC di Terengganu) kerana satu Dun Bandar biasa di peruntukkan kepada MCA.

2. Masalah utama BN Terengganu ialah masalah perpecahan antara mereka. Jika keadah penyelesaian oleh Najib boleh diterima dan ditaati mungkin UMNO Terengganu menjadi stabil.

3. Tapi perlu diingat walaupun mereka berpecah tetapi ketaatan kepada UMNO sangat tinggi di Terengganu. Pasal itu HARAPAN dan Mahathir tidak berjaya menebusi Terengganu. Faktor utamanya UMNO Terengganu didokong oleh golongan kurang akademik (Ini bukan lebai nak hina tapi kajian) yang lebih berfokus kepada "duit". Ada golongan reformasi dalam UMNO Terengganu didalangi oleh golongan pelajar terutama guru. Mereka jenis kurang taat kerana mereka tidak berapa bergantung kepada "duit". MB Terengganu sekarang contohnya tapi malangnya golongan guru yang menyertainya adalah guru "yang terbuang di sekolah".

4. UMNO Terengganu bergantung kepada persempanan semula dimana dengan ini UMNO rasa lega.

Mengenai PAS pula.


1. PAS Terengganu adalah antara PAS yang terbaik, tersusun dengan fikrah PAS yang sangat jitu. Faktor ini membuatkan AMANAH (PAN) di Terengganu boleh dikatakan hampir 90% terpaksa didokong oleh IKRAM.

2. PAS Terengganu juga tidak menghadapi masalah perembutan calon dan penyusunan calon PAS Terengganu sudah dikenalpasti semenjak 4 tahun lalu. PAS Terengganu dalam kedudukan sangat bersedia.

3. PAS Terengganu juga mempunyai kepimpinan muda yang 'solid' dan cergas dengan pendekatan baru. Dulu PAS Terengganu tidak tertonjol kerana dibayangi oleh 5 tokoh utama mereka iaitu Haji Abdul Hadi (TGHH), Ustaz Harun Taib (HT), Mustaffa Ali (cikgu Pa), Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) dan Wan Mutalib Embong (WM). Kini hanya tinggal TGHH, Cikgu Pa macam menghilang, HT dan ABC meninggal dunia. WM dan jadi veteran dan tidak begitu aktif.

Mari kita tijauan HARAPAN pula.


1. Tiada tokoh HARAPAN yang tertonjol samada daripada BERSATU, AMANAH atau pun DAP. Pengerusi BERSATU tidak dikenali oleh rakyat Terengganu. Pengerusi AMANAH Raja Bahrin dikenali tapi macam terbiar jika ditinjau dengan ceramah-ceramah yang bersifat bercakap tanpa audion. DAP entahlah.

2. HARAPAN boleh dikatakan sangat daif, susun kerja juga sangat tidak berkesan bukan mereka tidak ada kepakaran tetapi mereka tiada akar umbi.

Itu sepintas lalu latarbelakang BN, PAS dan HARAPAN di Terengganu sebelum kita masuk kepada analisis terperinci setiap DUN.


 12 kerusi di Terengganu sebelum ini majoriti bawah 1,000 pengundi. Dun yang dimenangi oleh BN majoriti kurang 1,000 undi melibatkan empat kerusi iaitu Jertih (930 undi majoriti), Jabi (782), Kuala Berang (449) dan Kemasik (898).

Manakala PAS pula menang 8 kerusi yang majoritinya kurang 1,000 undi iaitu Tepuh (229 undi majoriti), Teluk Pasu (109), Bukit Tunggal (652), Ladang (924), Alor Limbat (645), Bukit Payung (613), Manir (588) dan Rantau Abang (141).

AMANAH tidak kuat di Terengganu dan faktor AMANAH menarik undi PAS agak tidak ketara. Manakala BERSATU juga tidak kuat di Terengganu dan faktor BERSATU tarik pengundi UMNO juga tidak ketara. Daripada 2 parti ini BERSATU dijangka akan menarik lebih besar berbanding AMANAH kerana 4 faktor;

1. Pengaruh dan Aura Mahathir
2. Masalah GST dan rakyat ada sentimen benci UMNO.
3. Faktor calon UMNO sangat berkaliber dengan 8 lulusan SPM dan seorang STPM sahaja.
4. 'Cah Keting' dan satu istilah beru "Sebelah Selipar, Sebelah Kasut" iaitu pengundi akan memberi undi kepada parti berlainan sebagai contoh DUN beri undi kepada PAS, Parlimen beri kepada BN.


N.9 TEPUH Pengundi: 23,111 (Melayu-99.00%, Cina-0.63%, India-0.06%, Lain-lain-0.26%)
Datuk Basir Ismail (BN)
Hishamuddin Abdul Karim (PAS)
Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (PKR)

Muhammad Ramli Nuh (BN): 10,899
Hishamuddin Abdul Karim (Pas): 11, 128
Pas menang, majoriti: 229
% Mengundi: 88.6
Penyandang PRU-13: Hishamuddin Abdul Karim (Pas) Majoriti: 229

Jika PKR boleh tarik hanya 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat 9,975 undi dan PAS dapat  10,897 undi dan PAS kekal di situ. Jika lihat perubahan carta di atas pola undi PAS makin meningkat setiap PRU selepas PRU 2004 daripada -774 kepada +229.
Walapun 4% satu nilai sangat kecil tapi BN tak boleh tawan kawasan PAS

Kita cari Dun PAS paling rendah. Dun Rantau Abang.

 N.26 RANTAU ABANG
Pengundi: 24,819 (M-98.85%, C-0.48%, I-0.07%, L-0.55%) 
Wan Zaukfli Wan Gati (BN)
Mohammad Padeli Jusoh (PKR)
Alias Harun (PAS)
 
Datuk Za'abar Mohd. Adib (BN): 8,823
Alias Harun (Pas): 8,964
MazlanHarun (Bebas): 90
Pas menang, majoriti: 141
% Mengundi: 88.1
Penyandang PRU-13: Alias Harun (Pas) Majoriti: 141

Jika PKR boleh tarik 4% undi BN dan 1 % Undi PAS ini bermakna BN akan dapat undi 7,830 dan PAS dapat 8,740 undi. Ini bermakna PAS kekal di Dun Rantau Abang.

Kesimpulan pertandingan 3 penjuru di Terengganu menyelamatkan PAS. Lebai tak nak buat analisis Dun Manir di mana itu adalah tempat Ustaz Harun Taib yang telah mencatatkan rekod tak pernah kalah tapi majoriti sentiasa bawah 1000 undi.

Mari kita ambil kawasan BN memang bawah 1,000 undi pula. Kita pilih Jertih.


N.3 JERTIH
Pengundi: 22,880 (M-96.18%, C-3.33%, I-0.14%, L-0.28%)
Muhammad Pehimi Yusof (BN)
Wan Azhar Wan Ahmad (PAS)
Datuk Dr. Kamarulzaman Wan Su (PKR)

Muhammad PehimiYusof (BN): 8,396
Wan Azhar Wan Ahmad (Pas): 7,466
BN menang, majoriti: 930
% Mengundi: 85.8
Penyandang PRU-13: Muhammad Pehimi Yusof (BN) Majoriti: 930

Seperti tadi ambil nilai paling kecil 4% + 3% Pengundi Cina, Kalau makin besar makin semakin berisiko. BN akan dapat 6,794 undi. PAS dapat 7,237. PAS Boleh tawan Dun Jertih.

Ini bermakna dengan perubahan UMNO sekitar 5-10% akan menyebabkan UMNO akan kehilangan 4 DUN iaitu Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik.



Kita Ambil satu kawasan kubu UMNO, misalnya kawasan MB Terengganu sekarang Razif

N.11 SEBERANG TAKIR
Pengundi: 20,607 (M-99.24%, C-0.18%, I-0.11%, L-0.47%)
Mohd. Fazil Wahab (PAS)
Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman (BN)
Abu Bakar Abdullah (PKR)


Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN): 7,731
Ahmad Nazri MohdYusof (PKR):73
Zakaria Dagang (Pas): 6,221
BN menang, majoriti: 1,510
% Mengundi: 88.2
Penyandang PRU-13: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN) Majoriti: 1,510

Ok Nak letak berapa yang PKR dapat tarik??
Letak 5%
Razif dapat 6,701 undi
Tergugat Razif menang  nipis... ha ha ha

Kalau pembaca kata aura Mahathir hebat, takkan sekitar 4 - 5 % aje boleh tarik undi UMNO??

PAS Memang Boleh Tawan Terengganu.


Jika PAS boleh tawan Jertih, Jabi, Kuala Berang dan Kemasik. PAS mempunyai 19 Kerusi dan BN mempunyai manakala BN mempunyai 13 Kerusi daripada 32 kerusi di Terengganu.

Daripada Maklumat lebai perolehi daripada sumber PAS, rupanya ada 2 sumber analisis satu mengatakan PAS dapat 18 kerusi dengan menolak Kuala Berang atas faktor jentera PAS di Kuala Berang agak lewat bersedia.

Isu persempanan dan perpindahan pengundi yang dimainkan oleh UMNO tetapi telah diatasi oleh PAS dengan menyusun semula pengundi dengan pertukaran alamat dan pengagihan pengundi luar daripada Terengganu.

Bagaimana kedudukan HARAPAN?


Minta maaf lebai ramal 7 Dun HARAPAN akan hilang wang pertaruhan iaitu di Dun Sura, Rantau Abang, Rhu Redang, Paka, Wakaf Mempelan, Batu Buruk dan Seberang Takir.

Ambil PERHATIAN, Jika HARAPAN tak hilang wang pertaruhan di Seberang Takir, MB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman akan kalah di kerusi itu.

Kedudukan Dun Bandar?



Satu lagi ialah kedudukan Dun Bandar adakah PAS boleh tawan? Cina 35% di situ. Ada perbahasan dikalangan pengalisis PAS Terengganu samada Cina di situ Cina DAP atau MCA kerana MCA satu-satunya yang bertanding di situ dan di Negeri Terengganu. MCA kena memang bagi menjaga masyarakat Cina Terengganu.

Satu lagi rekod pernah berlaku di Terengganu apabila 2 wakil DAP yang mewakili kerajaan negeri Terengganu berkrisis, DAP minta mereka letak jawatan mereka buka letak jawatan tapi keluar DAP.

Mari kita detailkan..


1. Dato' Toh Chin Yaw (BN)           7,254    
2. Azan Bin Ismail        (PKR)         9,413    
                Jumlah Pemilih Berdaftar                        :  20,390  
                Jumlah Kertas Undi Ditolak                    :       276        
                Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi      : 16,943  
                Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan             : 16,983  
                Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan :       40          
                Peratus Pengundian        :               83.30% 
                Majoriti                :               2,159


PRU-14
Ahmad Shah Muhamed (PAS)
Toh Seng Cheng (BN)
Azan Ismail (PKR)
Pengundi: 20,268 (M-64.13%, C-34.55%, I-1.03%, L-0.24%)

Jika kita lihat 34.5% pengundi Cina ini bermakna ada 7,093 undi Cina. Sedangkan Azan Ismail semasa PAS, PKR dan DAP hanya dapat Undi 9,413 sahaja. Ini bermakna ada Cina mengundi BN.

Jika undi Cina masih memihak kepada BN sekitar 20-30%, Ini bermakna peluang PAS menang adalah cerah.

Tapi kalau kila tolak juga Dun Bandar kata dapat kepada UMNO kedudukan masih
UMNO 15
PAS 17
HARAPAN 0

PAS masih menang di Terengganu dengan kemenangan NIPIS.


 

Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi


Semalam ada niat nak ulas kajian INVOKE, Ilham Centre dan juga Merdeka Center (Hanya kajian Merdeka Center yang boleh diambil kira sebab sangat sedikit 'bias'). Nak banding kajian ini dengan sistem culaan PAS yang dilakukan oleh orang kampung setiap lokaliti pengundi yang mereka ini cula setiap pengundi berdasarkan buku pengundi SPR. Mereka kenal setiap pengundi satu demi satu di mana mereka berada, apa pekerjaaan mereka, sekarang ini mereka ada dimana dan apa posisi politik mereka. Mereka labelkan dengan A, B, C, D, E, F... dan seterusnya dengan makna tersendiri... Misalnya F makna 'fail' iaitu pengundi ada nama dalam buku daftar pemilih tetapi tidak dapat dikesan dimana mereka berada...

Tapi masa agak suntuk, lebai ulas ringkas ajelah!!


Mereka sebenar sudah tahu apa keputusan di LOKALITI masing-masing. PARLIMEN -- DUN -- PETI UNDI --- LOKALITI -- TEMPAT MENGUNDI --- SALURAN MENGUNDI.

Kekuatan PAS ialah mereka mempunyai 196 Kawasan (parlimen 196/222) yang mempunyai keahliaan yang baik. Daripada 196 Kawasan ini ada sekitar 700 DUN dan ada lebih kurang 5,600 Peti Undi dan ada sekitar 1,200 Lokaliti.

Jika Kawasan ini bergerak degan baik, sistem culaan berjalan dengan lancar. Maka PAS sebenarnya tahu kekuatannya dan mungkin sudah dapat gambaran awal sebagai asas samada KALAH atau MENANG di PARLIMEN atau DUN berkenaan.





Lebai pergi melawat satu LOKALITI mengundi yang mempunyai pengundi sekitar 1,244 orang. (lokaliti lebih kecil daripada Peti Undi adalah pecahan DUN). Ini adalah gambar peta cula di Bilik Gerakan lokaliti berkenaan. Tempat ini sulit tak semua orang PAS pun boleh masuk. Jangan tanya kenapa lebai boleh masuk dan ambil gambar!!

Berdasarkan buku culaan yang diberikan oleh SPR, mereka akan nombor bilangan ahli rumah yang boleh mengundi mengikut buku SPR. Mereka akan kesan dimana mereka ini berada.

Yang buat kerja ini...
Seorang sahaj yang ada lulusan U dengan kemahiran komputer tinggi. Yang lain semuanya "tak sekolah" tapi komitmen dan istiqamah sangat tinggi. Mereka korbankan diri, jiwa dan keluarga mereka untuk perjuangan Islam demi mendapatkan redhaan Allah s.w.t. Mereka bukan oang politik yang memeta melihat kerjayaan jika bersama DAP ke?? Kita korban Islam kita sedikit ke?? ... Mereka bukan macam itu.

Tapi bila tanya macam mana culaan??
Mereka jawah Usof, anak Pak Da jual Kerepek tepi jalan tu, 6 bulan tak pernah balik. Tapi difahamkan balik mengundi dan mengkin pangkah DACING (BN).

Ya ke? tanya lebai.
Namanya dah ada dalam senarai markaz UMNO dapat RM300 untuk pengundi luar.

Lebai tanya lagi, Eeh betul ke?
Dia jawab kitakan ada Isham... dia beritahu semua.

Siapa Isham (Hishamuddin)?
Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.

Hebat lebai kata...
Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??

Lebai tersenyum.. kami habiskan roti bakar dan kopi o.. Dulu masih ingat markaz atau bilik gerakan PAS sekadar ada biskut kering aje... Tapi kini meja penuh dengan kuih muih.. Mungkin kot duit RM90 juta... he he


Itu realiti PAS bukan kajian khayalan INVOKE kajian untuk bina persepsi aje.

Lebai dapat maklumat daripada bilik gerakan PAS di Langkawi bahawa Mahathir kalah 1,500 undi. Ok Malam ini kita lihat betul atau tidak.



 

Tragedi berdarah, Lubuk Merbau 1985 Lambang Kerakusan Politik Mahathir



Mengimbau kembali tragedi berdarah yang berlaku kira-kira 33 tahun lalu di Lubuk Merbau pada 1985. Tragedi ini bermula apabila dua petugas jentera pilihan raya PAS telah dibelasah oleh kumpulan yang tidak dikenali. Penyokong PAS percaya dua petugas terbabit di serang oleh penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil Nor,dalam masa yang sama dipihak UMNO, turut berceramah di situ ialah Ketua Pemuda UMNO ketika itu, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini Perdana Menteri kempen ceramah itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut, petugas jentera PAS telah di beritahu bahawa dua angota jentara PAS telah di pukul semasa Memasang poster dan bendera parti, dari itu satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut, kumpulan tersebut mendapati dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.




Kumpulan petugas tersebut telah membawa mangsa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah.ekoran dari kejadian tersebut Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Selepas peristiwa tersebut Suhaimi Said telah menulis sebuah buku

Buku tersebut bertajuk ‘Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau‘ dan ‘Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau‘ belum sempat di edarkan secara meluas kerajaan bertindak mengharamkan buku tersebut dan penulisnya Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA. Di bawah adalah draf asal buku tak siap tersebut diberikan oleh seorang hamba Allah apabila bapa angkatnya meninggal dunia kepada lebai.











Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
1. Ibrahim bin Tahir – ditetak dengan senjata tajam
2. Nasir bin Muhammad - dipukul dengan besi di kepala
3. Shamsuddin bin Sulaiman – ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
4. Ayub Mat Shah – dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
5. Ahmad bin Tahir – dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
6. Osman bin Talib – retak di kepala dan terbunuh.



Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.

Susulan dari kejadian tersebut siri-siri gangguan telah berlaku menambahkan lagi kusutan apabila ceramah oleh PAS telah diganggu oleh pemuda-pemuda UMNO. Pada hari itu polis PDRM telah merampas 30 bilah parang yang di bawa ke Felda Lubuk Merbau yang dibawa oleh pengikut atau penyokong parti terutamanya UMNO.

Pembunuhan pertama dalam sejarah piliharaya dan PAS mengganggap Pergorbanan Ustaz Osman Talib adalah Jihad ke atas kerajaan yang zalim di bawah pimpinan Dr Mahathir

 
Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.

Pada 1985, TG Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan ‘Inquest‘ telah dijalankan pada 30 Mac 1986.


Ustaz Othman Talib adalah simbol perjuangan PAS yang tak boleh digalang ganti dalam menentang kezaliman dan kerakusan UMNO. Bodoh kalau ada orang kata PAS nak bergabung dnegan UMNO tanpa sebarang alasan kukuh.





 

PRU-14 Pulau Pinang 50-50, Dulu DAP Sanggup Buat Hudud Kini “Gadai” Logo



Apabila lebai menulis bahawa kedudukan DAP di Pulau Pinang tergugat pada status 50-50 bagi PRU-14 ini dengan tajuk "50-50 Untuk HARAPAN Kekal Di Pulau Pinangramai pendokong AMANAH (PAN) melenting.

Lebai sertaikan logik dan asas penghujahan. Perkara ini tidak susah difahami. Anda tak perlu ada PhD, Dr atau Ir untuk memahami pola politik. Ramai yang tak ada kelulusan berada dalam bidang politik boleh mengatur data dan mengolah analisis secara jitu dan tepat. Sama seperti orang-orang tua dulu yang membuat rumah tanpa pelan boleh bertahan sangat lama berbanding Ir yang ada sekarang membuat bangunan sentiasa runtuh kerana mereka kurang nilai "Islam"nya dalam seni pengolaan kerja. Kurang nilai Islam boleh jadi kerana keyakinan kepada Allah mula luntur atau te'ragu' atas dasar logik akal dan cita-cita keduniaan.

Ada yang tanya 'simple'nya analisis lebai?

Lebai nak jawab, dalam penulisan artikel orang tak bentang data pungutan dan hasil dapatan, orang hanya rumus hasil dapatan aje. Kalau nak panjang buatlah forum atau seminar boleh lebai bentangkan.

Lebai dah jelas bahawa jika DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan DAP masih tak boleh bentuk kerajaan di Pulau Pinang kerana DAP hanya dapat 19 kerusi berbanding 40.

Lebai juga jelaskan daripada 22 kerusi majoriti Cina hanya 14 sahaja yang betul-betul DAP boleh menang kerana faktor undi India yang melebihi 15%.

Lebai juga mempertikaikan kedudukan 4 kerusi yang dipertandingkan oleh BERSATU dan 3 kerusi yang dipertandingakan oleh AMANAH (PAN) keupayaannya boleh menang. Pada artikel sebelum in lebai hanya tunjukkan 4 kerusi BERSATU secara detail. Lebai tak perlu panjang artikel untuk AMANAH kerana 3 AMANAH itu bertanding di kawasan kubu PAS, sudah tentu pembaca boleh faham.

Sekali lagi lebai tunjuk mana-mana kawasan yang HARAPAN bertanding di kawasan Melayu HARAPAN akan kalah yang memang samada PAS atau BN. Kita ambil satu untuk lihat secara terperinci sedikit.

N4 PERMATANG BERANGAN
Jumlah Pengundi: 18,336
Omar Bin Haji Abd Hamid (BN) - 8,913
Arshad Bin Md. Salleh (PAS) - 7,292
MAJORITI: 1,621
Jumlah Undi: 16,452 | Peratus mengundi: 89.73% | Undi Rosak: 247
Melayu 83%, Cina 8% dan India 9%

Ini adalah keputusan PRU-13 lalu di kawasan bukan Cina dan ada pengundi India.

Dengan mengganggap 8% pengundi Cina dan 9% pengundi India tidak menyokong PAS. Jadi ada 17%. Kita kira 17%. Kita anggaplah secara 'extrim' sebelum ini 17% (sepatutnya ada sokong BN dan kena tolak daripada undi BN) sokong PAS. Jadi kita tolak 17% iaitu 2,796 orang lari daripada PAS. Anggap PAS dapat 7,292 - 2,796 = 4,496 undi.

HARAPAN dapat 2,796 + ?? berapa engkau nak daripada BN??
Minimum kita ambil 20% iaitu 1,782 pengundi. HARAPAN hanya dapat 4,578 dan BN dapat 7,131. Ini bermakna BN akan menang.

Dengan mengganggap 100% pengundi Cina dan India undi PAS tak undi BN pada PRU-13 lalu HARAPAN tak boleh menang.

Bagaimana jika PAS boleh dapat 1-2% pengundi Cina dan 20% pengundi India?
Isu yang lebai nak ketengahkan ialah PULAU PINANG AKAN TERGANTUNG

Tolong ambil perhatian
Lebai tak kata PAS boleh menguasai Pulau Pinang
dan lebai juga tak kata bahawa BN boleh menguasai Pulau Pinang.
Lebai kata PULAU PINANG akan TERGANTUNG

Tolong rasional dalam hal ini.

Kawasan HARAPAN bertanding selain DAP sangat tergugat kerana faktor pengundi Melayu dan sedikit pengundi India.

Lebai juga memberikan perhatian kali ini PAS turunkan 2 calon India di Pulau Pinang kerana PAS melihat India lebih mudah didekati pada PRU-14 kali ini berbanding dengan Cina berdasarkan Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Selangor sebelum ini. Anda boleh baca di sini semasa lebai menolak hujah buku Ahmad Lutfi Othman "Mengapa Mahathir".

DAP ni untuk makluman semenjak dulu cuba untuk tawan Pulau Pinang tetapi GAGAL. Macam-macam gerak gempur dibuat masih tak boleh. PRU 1999 DAP kalah teruk di Pulau Pinang walaupun semasa reformasi dan Terengganu jatuh.

Jadi dulu apa sikap DAP??
Mari kita kaji

DAP Guna Sokong Hudud Untuk Tawan Pulau Pinang

Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan Eng datang berbuka puasa atau bercakap Islam malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya dan dengar dia cakap pasal Islam.



27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .

Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang pun usaha PAS atas dasar muafakat.

Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu Hudud.

Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa oleh PAS.



"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.

Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima DAP dan DAP mendapat undi yang agak baik, iaitu 189 kerusi pada 2 PRU kemudian.

Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini

Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Ini bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.


Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!


Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.

Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?

Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.


Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menentang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang mereka tentang HUDUD. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.


Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh (Ini Dr Kamarul Yusoff dedahkan adalah eveligis Kristian sila lihat di sini) membenarkan usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties"  Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!!



Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020".
Mereka tak takut pun kepada Hudud.



Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tak rasa Islam itu mengacam mereka.


Siapa Mengubah Sokong Cina DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?

Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini? YANG KHIANAT IALAH AMANAH.. Setelah berawan dengan AMANAH, DAP tunjuk sikap asal.

DAP Tergugar di Pulau Pinang Pada PRU-14

Kajian yang didedahkan oleh orang dalaman DAP yang keluar parti menunjukkan DAP menjangkan mereka KALAH pada PRU-14 jika tiada sokongan Melayu. Nak tak nak mereka kena terima MAHATHIR demi sokongan Melayu selepas AMANAH (PAN) gagal dapatkan soongan Melayu, malah DAP kena tanggung beban pula untuk menjaga AMANAH.

Itu sebab DAP sanggup BUANG orang lama mereka yang mepertahankan LOGO mereka. Ini juga antara sebab dalam ceramah mereka, mereka kutuk Mahathir untuk tunjukkan DAP benci Mahathir tapi demi undi Melayu mereka sokong.

Ada poin lebai tak sempat nak menulis lebai ringkas aje..
DAP terpaksa kerah masyarakat bukan Islam untuk hadir ceramah Mahathir demi nak tunjukkan sokongan atau di panggil TSUNAMI MELAYU. DAP dan Mahathir boleh tipu dalam ceramah tetapi gambar tak menipu.


Gambar hanya memberi fakta hanya sekitar 5% Melayu dalam mana-mana PERHIMPUNAN MAHATHIR. Melayu kini berpecah kepada BN, PAS dan HARAPAN. Tapi lebih kepada PAS dan BN.

Lebai nak pendekkan artikel ini..
Rumusannya DAP sanggup buat apa sahaja untuk dapat Undi Melayu.
DAP tahu PULAU PINANG AKAN JATUH PADA PRU-14 INI.
MEREKA TERPAKSA GADA LOGO dan PANJI MEREKA demi servival DAP untuk masa akan mendatang...

TAPI
MELAYU MUDAH LUPA
MELAYU BODOH nak fahami politik dalam masyarakat majmuk yang perlu mereka pertahankan ISLAM dan MELAYU.


 

Politik Kubur Mahathir Vs Nik Adli


Secara peribadi, lebai lebih suka Mahathir dan Nik Omar (anak derhaka lawan parti ayahnya TGNA) menziarahi kubur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Lebai menulis artikel "Selepas Ziarah Kubur Ustaz Fadzil, Apa Salahnya Ziarah Pula Kubur Nik Aziz

Pandangan lebai ini boleh kata hampir sama dengan pandangan pimpinan PAS di Kelantan yang melihat kedatangan Mahathir adalah kedatangan strategi politik untuk "menceramukkan" pengundi PAS dan atas pagar disaat-saat akhir kempen.

Presiden PAS, Abdul Hadi ada menempelak Mahathir, utamakan yang wajid dulu daripada membuat yang sunat. Lebai setuju, kalau Mahathir dan buat sunat juga ziarah kubur, pergilah ziarah kubur ayah dan ibunya dulu.

Sebelum ini Nik Omar berkata dia akan terus legasi ayahnya termasuk agenda hudud. Dia akan teruskan. Satu masalahnya ialah pernah Karpal Singh berkata, jika nak buat hudud, kena langkah mayatnya. Ada bagus juga Mahathir boleh bawa Nik Omar ziarah sekali kubur Karpal Singh untuk membolehkan Nik Omar melangkah mayat Karpal --- tak faham juga tak tahu apa lebai nak kata!! 




Lebai pelik juga si Mahathir, kubur Tun Huussein tak pula nak diziarahinya... mana tahu boleh lembutkan hati Hishamuddin.

Lebai tertarik dengan tulisan Ustaz Zakaria Ismail di Harakahdaily, Ustaz Zakaria berkata Nik Adli pula, tidak langsung berfikir mengenai strategi. Dia kenal Tun sebagai manusia berhati batu yang meng'ISA'kan dirinya. Tun memisahkan beliau daripada keluarganya tanpa diberi hak untuk dibicarakan.


Nik Adli Nik Abdul Aziz ini pernah ditahan pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penahanan itu jelas sebagai cubaan Mahathir mengaitkan PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz dengan aktiviti pengganas.

"Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab. Samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja. Sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu."

Selain itu Tok Guru juga pernah berkata “Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli dan merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),”

"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh? Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” kata Tok Guru lagi.

“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006.

Setiap kali teringat pada Nik Adli air Mata Tok Guru akan tumpah. Hatinya pilu setiap kali tiba Hari Raya kerana melihat dua cucunya beraya tanpa ayah mereka disisi selama 5 tahun.

Selepas 5 tahun dipenjara, Nik Adli akhirnya dibebaskan daripada tahanan Akta ISA Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006 oleh Pak Lah yang mengantikan Mahathir sebagai PM.

Nik Adli menjadi mangsa kezaliman Mahathir akibat dendamnya kepada Tok Guru Nik Aziz yang merampas Kelantan dari BN sejak 1990. Nik Adli dipisahkan 5 tahun dari isteri dan dua anak kecilnya serta bapa kesayangannya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kita tidak duduk terkurung 5 tahun dalam penjara ISA tanpa perbicaraan macam beliau, jadi jangan memandai-mandai fitnah dia lagi.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Nik Adli melakukan tindakan menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Bukan semua orang-orang yang dizalimi dapat melupakan kezaliman Mahathir, apatah lagi hasrat menziarahi pusara Tok Guru itu lebih kepada "political stunt" untuk menagih sokongan dan simpati sempena PRU14.


Nik Adli mengunci pusara ayahnya untuk halang Tun Mahathir dari melawat almarhum Tuan Guru yang telah pergi apa sangat nak dibandingkan dengan Tun Mahathir yang telah mengunci pintu penjara selama hampir 6 tahun untuk menghalang Nik Adli daripada berjumpa dengan anak isteri serta ayah bondanya. Itu sikap Nik Adli "Straight Forward" tanpa mengambil kiraan politik itu sikap setelah dia diISAkan.

Dia bukan Mat Sabu, orang politik, cakap lidah bercabang, gadai prinsip dan tak ada maruah diri. Orang macam ini agama boleh jual kerana bermatlamatkan politik. POLITIK dah jadi "akidah" perjuangan.


Setelah terseksa diISAkan, dia boleh jadi tukan masak Mahathir. Dia kata ISA tu "LUKA SIKIT AJE", memaafkan itu lebih baik!!

Lebai suka kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Zakaria Ismail yang mengambarkan Nik Adli sebagai Jebat...  "Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?,"  getus Tun Tuah setelah membunuh Jebat, sambil mukanya menjengah keluar jendela melihat orang ramai berteriak "Hidup Tun Tuah! Hidup Tun Tuah!"

Dalam PAS sangat ramai Jebat
Itu sebab PAS sangat 'teruk dan hodoh' disisi media massa.


 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger